Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MyIPO 2022

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini bertaraf KONTRAK di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai :

1. Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10

Tarikh tutup permohonan 05 november 2022
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong MyIPO Oktober 2022

SYARAT-SYARAT ASAS

MyIPO mempelawa calon-calon yang mempunyai kebolehan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;
5. Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint;
6. Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif, berkeyakinan tinggi dan kemahiran berkomunikasi di semua peringkat;
7. Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum; dan
8. Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di bawah tekanan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Bertugas di Bahagian Pengurusan Maklumat;
2. Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna;
3. Melaksanakan pengujian sistem secara unit, fungsian serta integrasi keseluruhan sistem;
4. Menyediakan dokumentasi sistem dari aspek panduan penggunaan dan teknikal untuk program yang dibangunkan;
5. Melakukan perubahan kepada program yang dibangunkan mengikut kesesuaian sistem berdasarkan spesifikasi yang diberikan oleh Pegawai Sistem Maklumat;
6. Menerima aduan pengguna dalaman dan luaran yang dilaporkan melalui Sistem Helpdesk/ e-mel/ telefon dan memberikan bantuan teknikal untuk penyelesaian;
7. Menganalisis dan menyelesaikan masalah pengendalian sistem dan membantu dalam membuat analisis keberkesanan sistem;
8. Memantau dan melaksanakan backup terhadap aplikasi dan pangkalan data yang berkaitan mengikut jadual;
9. Menyelaras aktiviti pengurusan data, penjanaan laporan/ statitstik, data exchange dan integrasi sistem;
10. Menyedia, memelihara dan sentiasa memperkemaskan pangkalan data yang menyimpan segala maklumat berkenaan sistem;
11. Melapor status dan perkembangan aktiviti/ projek/ sistem kepada Pegawai Sistem Maklumat dan Pengurus Bahagian Pengurusan Maklumat; dan
12. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN KHUSUS DALAM:

1. Berpengalaman membangunkan aplikasi/sistem maklumat sekurang-kurangnya 3-5 tahun dalam bidang pengaturcaraan atau mempunyai kemahiran tinggi dalam pengaturcaraan;
2. Mahir menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat;
3. Seorang individu yang komited dan proaktif;
4. Keutamaan:
i) Berpengalaman dalam Coldfusion/PHP
ii) Oracle/MySQL
iii) XML/JSON

SYARAT KELAYAKAN:

1. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan: dan
3. Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web berikut:(http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm) atau (https://www2.mqa.gov.my/mqr/)

Permohonan digalakkan untuk menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web MyIPO bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 5 November 2022 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong