Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKL Oktober 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) 2022. Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga 56 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan seperti yang berikut

1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J48
2. Pereka B29
3. Pembantu Penilaian W19

Tarikh tutup permohonan 06 oktober 2022.
Lokasi penempatan : MPKL, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKL Oktober 2022

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

b) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

c) Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung.Nama jawatan hendaklah dicatat di penjuru kanan sampul surat.

d) Sijil dan diploma perlu disertakan bersama-sama surat pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

e) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan hanya calon-calon yang layak melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

f) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

g) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya jam 4.30 petang pada tarikh tutup permohonan ke :

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING

h) Tarikh permohonan pada 23 September sehingga 6 Oktober 2022.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong