Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2022

Jawatan kosong terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) september 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepertimana berikut.

1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
Kekosongan : 10 Simpanan : 20

2. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Kekosongan : 30 Simpanan : 60

Tarikh tutup permohonan 12 september 2022
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2022

Jawatan : Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
RM2,081.00 - RM9,547.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).

(d) Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,390.37);atau
(ii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,693.84).
dan
(e) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Jawatan : Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Kumpulan:Pelaksana
Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Maksimum
RM1,493.00 RM5,696.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
(iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
(v) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).

d. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
(i) Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
(ii) Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

e. dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas :

Kementerian Pengangkutan

Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 12 September 2022 (Isnin), jam 11.59 malam.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong