Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPSI Ogos 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ogos 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepertimana berikut :-

BIL. JAWATAN DAN GRED TARAF JAWATAN KEKOSONGAN
1. Skim Perkhidmatan Khas Universiti SPKU41 Kontrak 2
2. Penolong Pegawai Seni Bina JA29 Kontrak 2
3. Penolong Jurutera (Bidang Elektrik) JA29 Kontrak 2
4. Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Teknologi Maklumat) SPKU 29 Kontrak 2

Tarikh tutup permohonan pada 18 Ogos 2022 (Khamis).
Lokasi penempatan : UPSI Tanjung Malim, Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UPSI Ogos 2022

PANDUAN PERMOHONAN

1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Setelah permohonan lengkap diisi,

4.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

4.2 sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);

4.3 cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;

4.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

5. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:

5.1 bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
5.2 telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)

6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

7. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

8. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.

9. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

10. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

11. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

12. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong