Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Perak Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Yayasan Perak ambilan Julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang merupakan anak jati Negeri Perak Darul Ridzuan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Yayasan Perak sepertimana berikut.

1. Eksekutif Kewangan Gred 29

Tarikh tutup permohonan 13 Julai 2022
Lokasi penempatan : Yayasan Perak, Perak
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Yayasan Perak Julai 2022

1. Jawatan : Eksekutif Kewangan Gred W29
2. Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
3. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
4. Taraf Jawatan : Kontrak/ Tetap
5. Jadual Gaji :
Gaji Minimum : RM1498.00 Gaji Maksimum : RM5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

6. Syarat Lantikan : 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Diploma Perakaunan dan Perbankan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7. Deskripsi Tugas : 
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

8. Tarikh Tutup Iklan : 13 Julai 2022 (Rabu)

9. Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan menyertakan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil PMR/ Sijil SPM, resume dan sekeping gambar berukuran passport melalui email : sumbermanusia@yayasanperak.com.my atau pos ke alamat seperti berikut:-

Unit Sumber Manusia
Yayasan Perak
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh,
Perak

10. Catatan :

a) Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Jika sekiranya calon tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup iklan, calon dianggap TIDAK BERJAYA.
c) Keputusan temuduga adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong