Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UMCCed Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) Julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) sebagaimana berikut:

1. Eksekutif
2. Programmer

Tarikh tutup permohonan pada 18 Julai 2022
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UMCCed Julai 2022

Jawatan : Eksekutif
Kumpulan : Pengurusan
Jabatan : Jabatan Komunikasi Korporat, UMCCed
Taraf Jawatan : Kontrak (Sepenuh Masa)


Syarat Lantikan

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(1) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(2) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan/Pemasaran/Pemasaran Digital/Komunikasi Massa/Kewartawanan/Perhubungan Awam atau bidang-bidang lain yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(3) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Keperluan

Calon lantikan juga hendaklah ―

(1) berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu;

(2) berkemahiran menghasilkan penulisan kreatif bagi konteks bacaan umum;

(3) berpengalaman di dalam bidang media; dan

(4) berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik.

Keperluan Tambahan

Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki kriteria-kriteria tambahan seperti berikut:

(1) Mempunyai pengetahuan atau pengalaman kerja dalam bidang editorial/pengarang;

(2) Mempunyai pengalaman dalam penulisan kreatif pemasaran serta esei/artikel pemasaran produk serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan; dan

(3) Mempunyai minat dalam penulisan.

Deskripsi Tugasan

(1) Mewujudkan hubungan baik dengan industri bagi tujuan pemasaran dan jualan.

(2) Menganalisis data prospek/pelajar bagi tujuan penetapan sasaran pasaran dan medium pemasaran yang lebih tepat;

(3) Membantu merancang, mengurus dan mengendali siri Webinar;

(4) Merangka dan menulis kandungan mengikut susunan (format penulisan yang mudah difahami) dan relevan dengan platform yang akan diisi berdasarkan medium pemasaran yang digunakan;

(5) Menganalisis atau membuat kajian pengguna/prospek agar data atau maklumat yang terkandung dalam penulisan boleh dipercayai dan mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut medium pemasaran yang digunakan;

(6) Menghasilkan dokumentasi berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian yang terpakai dan sesuai untuk penonton yang dimaksudkan.

(7) Memberi maklum balas kepada pelanggan serta menjawab pertanyaan pelanggan melalui medium yang bersesuaian seperti telefon, e-mel dan pertanyaan.

(8) Merekod serta mengemas kini maklum balas prospek berhubung iklan program.

Jadual Gaji

Gaji Minimum : RM1,960.00
Gaji Maksimum : RM5,459.00
Elaun : RM570.00

Jawatan : Programmer (Pengaturcara)
Kumpulan : Pengurusan
Jabatan : Bahagian Teknologi Maklumat & Multimedia, UMCCed
Taraf Jawatan : Kontrak (Sepenuh Masa)

Syarat Lantikan

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(1) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(2) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat daripada institusi-institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(3) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Keperluan

Calon lantikan juga hendaklah ―

(1) berkemahiran dalam pembangunan aplikasi web atau pembangunan sistem;

(2) berpengetahuan yang baik dalam bahasa pengaturcaraan dan Operating System;

(3) berpengetahuan dan pemahaman yang kukuh dalam SQL atau mana-mana perisian pangkalan data;

(4) berpengalaman dalam mengendalikan PHP, JavaScript dan CSS;

(5) berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan PHP Framework, Content Management System; dan

(6) berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

Keperluan Tambahan

Kelebihan kepada calon sekiranya berpengalaman ─

(1) mengendalikan ASP, Oracle Forms & Reports serta Mobile Apps; dan

(2) mengendalikan kitaran lengkap pembangunan aplikasi web atau pembangunan sistem.

Deskripsi Tugasan

(1) Melaksanakan kerja-kerja analisis, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan Sistem Teknologi Maklumat atau aplikasi web sedia ada.

(2) Menyelaras operasi program, pangkalan data SQL dan lain-lain perkara bersangkutan dengan teknologi maklumat.

(3) Membantu dalam perancangan operasi sistem teknologi maklumat.

Jadual Gaji

Gaji Minimum : RM1,960.00
Gaji Maksimum : RM5,459.00
Elaun : RM570.00

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (Online) di laman career UMCCed, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Tarikh tutup permohonan pada 18 Julai 2022.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

1 comment

  1. https://nevadayouthalliance.org
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong