Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUK Kelantan Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK Kelantan) julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dinyatakan di bawah :

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (MUALLIM) S19

Tarikh tutup permohonan 20 Julai 2022.
Lokasi penempatan : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SUK Kelantan Julai 2022

SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (MUALLIM)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED : S19
TARAF JAWATAN : KONTRAK (CONTRACT FOR SERVICE)
KEMENTERIAN / JABATAN : PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN

SYARAT LANTIKAN WAJIB

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT LANTIKAN

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S19:

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bidang / Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab(Komunikasi).

ATAU

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang / Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ATAU

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang / Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

DAN

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

SYARAT-SYARAT KHAS

• Pemohon adalah rakyat Negeri Kelantan yang menetap di Hulu Kelantan (Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli)
• Keutamaan diberikan kepada lelaki.
• Mempunyai pengalaman tinggal di kampung pedalaman.
• Bagi calon yang berjaya akan ditempatkan di perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

RINGKASAN TUGAS

• Bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhuwwah dan Penolong Pengarah Dakwah Ukhuwwah.
• Mengadakan kelas Fardhu Ain dan Al-Quran kepada masyarakat Orang Asli.
• Bertanggungjawab mengimarahkan masjid dan surau sedia ada di pos masing-masing.
• Memberi kerjasama kepada mana-mana jabatan / agensi yang dating mengadakan program di pos masing-masing.
• Menjadi urus setia dalam setiap program anjuran JAHEAIK yang dilaksanakan di pos masing-masing.
• Membina hubungan yang baik dengan ketua kampung, penghulu, tok batin dan semua masyarakat Orang Asli.
• Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli termasuk urusan perkhawinan, kebajikan, kematian dan sebagainya.
• Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli.
• Menghantar laporan bulanan kepada Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhuwwah.
• Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhuwwah dan Penolong Pengarah Dakwah Ukhuwwah.

Permohonan jawatan secara online disini (Google Form)
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong