Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MSN Selangor Ogos 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) ogos 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Selangor) serta berkalayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sepertimana berikut.

1. Eksekutif Pembangunan Perniagaan Gred 29

Tarikh tutup permohonan pada 08 Ogos 2022.
Lokasi penempatan : MSN Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MSN Selangor Julai Ogos 2022

Jawatan : Eksekutif Pembangunan Perniagaan Gred 29
Skim Perkhidmatan : Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat
Gred Jawatan : Setaraf Diploma/ Gred 29
Jumlah Kekosongan : Satu (1)
Taraf Jawatan : Kontrak/ Contract For Service (CFS)
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,500 - (Tiada)

Umur
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Warganegara

- Warganegara Malaysia dan

- Kelahiran Negeri Selangor, atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu / JKKK. (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan bersama Borang permohonan).

SYARAT LANTIKAN:

a) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pembangunan perniagaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun.

d) DESKRIPSI TUGAS:

- Merancang bersama idea perniagaan baharu yang berpotensi dalam bidang hartanah dan sukan.

- Mengenal pasti dan mendapatkan peluang perniagaan baharu yang boleh menjana pendapatan Majlis.

- Merancang pembangunan perniagaan yang boleh dijalankan secara kerjasama dengan syarikat/organisasi swasta dan kerajaan.

CARA MEMOHON

(a). Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan di www.msnselangor.gov.my. atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:

(c). Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d). Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

(e). Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(f). Permohonan yang berikut akan ditolak/tidak akan diproses jika:

- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
- tidak lengkap atau tidak terang
- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
- tidak besertakan gambar dan
- tidak ditandatangani

(g). Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sebelum atau pada 8 Ogos 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.

(h). Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(i). Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

- Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
- Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

(j). Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pihak Urusetia melalui telefon atau melalui email berikut:

- urusetia : 03-5510 9063
- email : admin@msnselangor.gov.my

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong