Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

Bil. Nama Jawatan Status Jawatan Tarikh Tutup
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
5. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
6. Pembantu Kesihatan Awam U29 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
7. Pembantu Penguat Kuasa KP19 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022
8. Pemandu Kenderaan H11 Tetap/Kontrak 26 Julai 2022

Tarikh tutup permohonan 26 Julai 2022
Lokasi penempatan : MBSA Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Julai 2022

CARA PERMOHONAN

i. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di https://pbt.kedah.gov.my/index.php/peluang-kerjaya-mbas/.

ii. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

iii. Tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.

iv. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

v. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

vi. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.

vii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;
  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
  • Transkrip keputusan peperiksaan
  • Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu)

P/S : Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar

viii. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

ix. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak :
  • Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  • Borang permohonan tidak lengkap diisi oleh pemohon. Pemohon diminta mengisi dengan lengkap semua ruangan yang disediakan pada borang permohonan jawatan MBAS.
x. Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL, SURAT ATAU PANGGILAN TELEFON.

xi. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

xii. Iklan perjawatan ini boleh dirujuk dengan melayari laman web rasmi MBAS (sila kepautan yang diberikan di bawah) sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong