Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FAMA Ogos 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ogos 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkalayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sepertimana berikut.

1. Pramusaji Gred K2

Tarikh tutup permohonan pada 02 Ogos 2022.
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat FAMA, Selangor.
Sektor : Kerajaan


Jawatan : Pramusaji Gred K2
Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)
Penempatan : Kafe Lazaria, Ibu Pejabat FAMA
Kekosongan : Satu (1)

Gred / Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,258.00 - RM2,589.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM55.00
Elaun Kedatangan : RM75.00 Sebulan

Syarat Lantikan :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iv) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

Bidang Tugas :

i) Membantu dalam aktiviti-aktiviti jualan Kafe Lazaria

ii) Bertanggungjawab menyediakan pesanan pelanggan, menghantar dan menghidangkan pesanan

iii) Mematuhi arahan dari semasa ke semasa

CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. Sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves
Selangor.

Sebelum atau pada : 02 Ogos 2022 (Selasa)

CATATAN AM :

Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong