Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UKM Jun 2022

Jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Jun 2022. Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan seperti berikut:

1. PEGAWAI PEMBANGUNAN PENDAPATAN N41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1
Jadual Gaji : Gaji Minimum RM2,080.00 - RM9,546.00
Kemudahan Elaun : Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Bantuan Sara Hidup.

Jawatan Kosong UKM Jun 2022

Deskripsi Tugas

1. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek sedia ada dan projek penjanaan baharu di JANA@UKM yang melibatkan perancangan projek, penyediaan kertas kerja, pengurusan projek, pelaksanaan dan pemantauan projek, pengoperasian serta penyediaan laporan berkaitan projek.

Syarat Lantikan

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN

4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan Adalah Diberikan Kepada Calon Dengan Kriteria Berikut:

1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi atau Perakaunan.

2. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan projek dan pengembangan perniagaan.

3. Berkemampuan menyelesaikan unjuran kewangan dan kebolehan menulis kertas kerja/laporan yang baik.

4. Fasih berbahasa Inggeris (bertutur dan menulis).

Cara Memohon

1. Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume lengkap, salinan kad pengenalan, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan sijil akademik yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pn. Nurul Safaniza Che Ani, Ketua Pentadbiran secara e-mel di alamat e-mel berikut: janaUKM@ukm.edu.my

2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temu duga.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh sebulan (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan: 24 Jun 2022 (Jumaat)
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong