Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MDKT Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) januari 2022. Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sepertimana berikut:

Bil. Jawatan Kosong Kekosongan Taraf Jawatan
1. Penolong Pegawai Penilaian W29 1 Tetap
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19 3 Tetap/Kontrak
3. Pembantu Penguatkuasa (L/Kereta) KP19 1 Kontrak
4. Pembantu Operasi N11 1 Tetap
5. Pembantu Awam H11 1 Tetap

Tarikh tutup permohonan pada 27 Januari 2022
Lokasi penempatan : MDKT Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MDKT Januari 2022

CARA MEMOHON :

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskhah atau boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan dibawah dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunanan kiriman wang pos.

(ii) Permohonan mestilah disertakan dengan:-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-sijil Akademik
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu (jika berkaitan)
e) Gambar warna berukuran passport
f) Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah); dan

Hantarkan permohonan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 Januari 2022 (Khamis)

(iii) Permohonan dari calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) yang perlu dibawa semasa temuduga.

(iv) Hanya calon yang layak untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

(v) Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi.

G. PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK

(i) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani.
(ii) Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
(iii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan.
(iv) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
(v) Permohonan tidak memenuhi/tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.
(vi) Tidak menyertakan gambar passport berwarna.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

1 comment

  1. Play Blackjack online for real money - Casinos.info
    A 포커카드 game called blackjack can be played on 먹튀신고 a standard blackjack machine 마틴 게일 or the dealer throws the first 슬롯 추천 card, while the dealer throws the second card, the 강원 랜드 바카라
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong