Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAINPP Januari 2022

Jawatan kosong kerajaan 2022 terkini Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

1. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup permohonan pada 07 Januari 2022
Lokasi penempatan : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAINPP Januari 2022

1.0 (a) Jawatan : PEMBANTU AWAM GRED H11 (Penggorek Liang)

(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kemahiran

1.1 (a) Tanggagaji - Gred H11 : RM1,218.00 (minimum) - RM2,939.00 (maksimum)

(b) Elaun : 
- Elaun Khidmat Awam : RM95.00
- Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
- Bantuan Sara Hidup : RM350.00

1.2 Syarat Lantikan: (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00)

(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.3 Diskripsi Tugas : 
Menjalankan tugas berkaitan pengurusan jenazah, pengkebumian mayat dan pembersihan kawasan tanah perkuburan.

1.4 Taraf Jawatan : Kontrak

2.0 CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web.: www.mainpp.gov.my. atau sila kepautan yang diberikan di bawah.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:

(i) Tidak menggunakan borang permohonan permohonan jawatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
(iv) Tidak disertakan gambar atau salinan dokumen yang diperlukan.
(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
(vi) Tidak ditandatangani; dan
(vii) Lewat diterima.

2.1 Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 8 & 9, Menara JKP
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG.

pada atau sebelum 7 Januari 2022

Catatan Am

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon sendiri.
(d) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
(e) Keutamaan akan diberi kepada anak Negeri Pulau Pinang, cergas dan mempunyai daya inisiatif/ komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Borang_permohonan_jawatan.pdf 200kb
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong