Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Hospital Sungai Buloh Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Hospital Sungai Buloh Januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Hospital Sungai Buloh sebagai Personel MySTEP sepertimana berikut:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
2. Pegawai Khidmat Pelanggan (Telefonis)
3. Pembantu Perawatan Kesihatan

Tarikh tutup permohonan pada 15 Januari 2022
Lokasi penempatan : Hospital Sungai Buloh, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Hospital Sungai Buloh Januari 2022

SKOP TUGAS

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (TELEFONIS)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.

3. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Syarat Dan Kelayakan
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Berkebolehan mengendalika komputer terutamanya bagi perisian asas Microsoft Word, Powerpoint dan Excel.
Maklumat Perkhidmatan
  • Gaji ditawarkan : RM1,600.00
  • Status Lantikan : Kontrak (1tahun)
  • Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan Perkeso
Sila emelkan permohonan berserta:
  • Borang permohonan Personel MySTEP
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil SPM
ke alamat : sumbermanusiahsgb@gmail.com

Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan ditawarkan dan tawaran ini akan dimaklumkan ke alamat emel calon.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan SELEPAS 1 BULAN dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Unit Perkhidmatan, Bahangian Sumber Manusia di talian 03-61454333 samb. 2974

Muat turun borang permohonan Personel MySTEP disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong