Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong ASWARA Januari 2022

Jawatan kosong Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Januari 2022. Warganegara Malaysia yang mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut:-

Bil. Jawatan Kosong Gred Taraf Jawatan
1. Pegawai Tadbir N41 Tetap/ Kontrak
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41 Tetap/ Kontrak
3. Penolong Pegawai Tadbir N29 Tetap
4. Pembantu Perpustakaan S19 Tetap/ Kontrak

Tarikh tutup permohonan pada 23 Januari 2022
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong ASWARA Januari 2022

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my atau sila kepautan yang diberikan di bawah.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

c) Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil berkaitan yang PERLU DISAHKAN.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dipohon dan dihantar ke alamat seperti berikut:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tel: 03-2778 5939/5940/5936

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong