Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MQA Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan secara kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi jawatan berikut:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2022
Lokasi penempatan : Cyberjaya, Selangor
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong MQA Januari 2022

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara dalam talian, sila ke pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua maklumat pendidikan dan akademik yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sila hubungi talian berikut untuk bantuan:

i. pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon:

03-8688 3714/3619/3620

Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

ii. pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalam mengisi borang permohonan.

03-8688 1912
Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2022 (Khamis) jam 4.00 petang.

CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

4. Pelantikan secara kontrak bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

5. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hanya beroperasi di Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai sebarang cawangan di tempat lain.

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong