Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPMuar September 2021

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Muar (MPMuar) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Muar (MPMuar) bertaraf Tetap/Kontrak sebagai :
 
BIL. JAWATAN GRED TARAF JAWATAN
1. Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa JA29 Tetap
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 Tetap
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19 Tetap
4. Pembantu Penguat Kuasa KP19 Tetap/ Kontrak
5. Pembantu Kesihatan Awam U19 Tetap
6. Pembantu Operasi N11 Tetap
7. Pemandu Kenderaan H11 Tetap
8. Pembantu Awam H11 Tetap

Tarikh tutup permohonan pada 21 September 2021
Lokasi penempatan : MPMuar, Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar (MPMuar) September 2021

PERMOHONAN:

(a) Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A dibawah peraturanperaturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;

(b) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web Majlis Perbandaran Muar iaitu : www.mpmuar.gov.my atau di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran RM 1.00/set. Sila sertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport dan salinan yang telah disahkan semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

Sila Kepautan Yang Diberikan Di Bawah.

(c) Permohonan hendaklah disertakan ‘video resume’ yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk softcopy. Garis panduan penyediaan ‘video resume’ adalah sebagaimana berikut :

a) Video tersebut hendaklah menggunakan suara pemohon sebenar.

b) Kandungan video tersebut hendaklah merangkumi sebahagian besar perkara-perkara di bawah;

i) Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon

ii) Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon

iii) Ringkasan pengalaman kerja pemohon

iv) Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon

v) Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon

vi) Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon

vii) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’

viii) Ringkasan kelebihan / kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon

ix) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon

x) Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon

c) Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.

d) Video hendaklah di simpan di dalam CD.

(d) Pemohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

(e) Sebarang usaha untuk membuat penghantaran dokumen SELEPAS borang dihantar / tarikh iklan ditutup TIDAK AKAN DITERIMA.

(f) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(g) Sila kembarkan surat pengiktirafan akreditasi bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil yang boleh diakses di laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama borang permohonan.

(h) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
KARUNG BERKUNCI NO. 516
84009 MUAR

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan sila klik pada pautan di bawah.

IKLAN, SYARAT KELAYAKAN DAN BORANG PERMOHONAN DISINI
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong