Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) September 2021

Jawatan kosong terkini di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) september 2021. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak/ Pekerja Sambilan Harian (PSH) sepertimana berikut.

BIL. Jawatan Kosong Taraf Lantikan Kekosongan
1. Pembantu Penguat Kuasa KP19 Kontrak 1
2. Pen. Peg. Teknologi Maklumat - PSH Kontrak (Min. 3 Bulan) 1
3. Pembantu Tadbir (P/O) - PSH Kontrak (Min. 3 Bulan) 10
Tarikh tutup permohonan pada 22 September 2021 (Rabu)
Lokasi penempatan : LUAS, Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) September 2021

SYARAT PERMOHONAN

(1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh diperolehi di pautan muat turun di bawah.

(2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;

(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,

(b) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,

(c) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.

Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(3) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan Kad Pengenalan.

(b) Salinan Surat Beranak.

(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM
*mana-mana yang berkaitan

(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir

(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.

(g) Gambar berukuran pasport.

(4) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

(5) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

(6) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

7) Pihak LUAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

(8) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan yang lengkap beserta resume dan dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar melalui surat menggunakan alamat tertera :

1.     PENGARAH,
        LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
        TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
        NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
        40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
        (U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)

Atau alamat emel seperti berikut :

2.        hrgroups@luas.gov.my

Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 22 September 2021 (Rabu)

Sila muat turun di bawah :



JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong