Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UNISEL ― Tarikh Tutup 13 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Selangor (UNISEL) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Selangor (UNISEL) sebagai:

1. PENOLONG PENSYARAH (DA41)/ PENSYARAH (DS45)

Tarikh tutup permohonan pada 13 Ogos 2021
Lokasi penempatan : Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Shah Alam
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Universiti Selangor (UNISEL) Ogos 2021

Jawatan : PENOLONG PENSYARAH DA41 / PENSYARAH (DS45) 
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Shah Alam 
Bidang : Kejururawatan 
Bilangan Kekosongan : 2 Orang 
Status : Lantikan Secara Kontrak (1 Tahun)

RINGKASAN JAWATAN

Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Shah Alam, Universiti Selangor ingin melantik Penolong Pensyarah / Pensyarah dalam bidang Kejururawatan bagi melaksanakan proses pengajaran di bilik kuliah dan pengajaran untuk sesi praktikal didalam Mock Ward dengan kelayakan akademik seperti berikut :

SYARAT KELAYAKAN :

1. Warganegara Malaysia;

2. Mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda Bidang Kejururawatan atau bidang Penjagaan Kesihatan “Healthcare” (CGPA 3.0 ke atas) yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia serta Diploma Kejururawatan ; dan

3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; dan

4. Memiliki Sijil Pengamalan Tahunan Terkini; dan

5. Mempunyai Sijil Pos Basik seperti Perbidanan, Kesihatan Awam, Mental dan lain-lain; dan

6. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun Jururawat Berdaftar di klinikal; dan

7. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :- 

 i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi; 

ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja; 

iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat Antarabangsa; 

iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya. 

b) Permohonan hendaklah dihantar terus melalui pos ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat. 

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 13 Ogos 2021

e) Lain-lain:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong