Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandararaya Kuantan (MBK) Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandararaya Kuantan (MBK) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandararaya Kuantan (MBK) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) sepertimana berikut:

1. PEMBANTU PENILAIAN W19

Tarikh tutup permohonan 18 Ogos 2021
Lokasi penempatan : MBK Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Bandararaya Kuantan (MBK) Ogos 2021

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

2. Memiliki lesen memandu Kelas B2 atau D dan boleh melaksanakan kerja diluar pejabat.

3. Mempunyai kemahiran dalam:-

(i) Menggunakan perisian Auto Cad

(ii) Menggunakan perisian Microsoft Office

4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Penilaian Harta Tanah (INSPEN) atau mempunyai pengalaman dalam bidang penilaian dan pengurusan harta.

SYARAT AM

I) Tempoh perkhidmatan adalah selama tiga (3) bulan dan tidak melebihi enam (6) bulan.

II) Permohonan terbuka kepada semua yang layak kecuali mereka yang sedang berkhidmat secara sepenuh masa sama ada di dalam sektor awam atau swasta.

III) Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA .

DESKRIPSI TUGAS

Kerja-kerja mengemaskini maklumat harta tanah bagi pegangan-pegangan yang dikenakan kadar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuantan yang mana merangkumi kerja di lapangan (lawat periksa dan pengukuran harta), proses mendapatkan maklumat dari pemilik harta serta mengemaskini maklumat di dalam sistem Majlis.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK/PERJ.1 yang boleh di muat turun melalui pautan laman sesawang www.mbk.gov.my atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah.


Permohonan berikut akan DITOLAK sekiranya :

(a) Borang tidak lengkap atau tidak terang.

(b) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan di dalam skim perkhidmatan.

PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN

Pemohon boleh mengisi permohonan melalui ‘google form’ yang disertakan dan tarikh tutup permohonan pada 18 Ogos 2021 Jam 5.00 petang.

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong