Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Sungai - Sungai Sarawak September 2021

Jawatan kosong terkini di Lembaga Sungai - Sungai Sarawak ambilan September 2021. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
2. Penolong Jurutera Gred JA29
3. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
4. Pembantu Laut Gred A19
5. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup permohonan pada 17 September 2021 (Jumaat)
Lokasi penempatan : Kuching, Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Sungai - Sungai Sarawak September 2021

Cara Memohon:

i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sepanjang masa Pelan Pemulihan Negara, jadual kaunter perkhidmatan bagi pembelian borang tersebut adalah mulai jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Catatan Am:

i. Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-

a. tidak lengkap;

b. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan

c. diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan.

ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis dan temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-

CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong