Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JPNIN September 2021

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) september 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) 2021 di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) sepertimana berikut:

1. PEMBANTU TADBIR N19 (MySTEP)

Tarikh tutup permohonan pada 17 September 2021
Lokasi penempatan : JPNIN, Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Kluster Jawatan : Pembantu Tadbir
Gaji : RM1,600
Tempoh Lantikan : sehingga 31 Disember 2021
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Penempatan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jawatan Kosong JPNIN September 2021

SYARAT KELAYAKAN


Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik


KRITERIA TAMBAHAN

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki pengetahuan dan kemahiran serta ciri-ciri seperti berikut: 

a) Berkemahiran dalam pertuturan, penterjemahan dan penulisan Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris 
b) Berkemahiran dalam aplikasi Microsoft Office, Excel, Power Point dan media sosial. 
c) Mempunyai kepakaran dalam penggunaan perisian (software skills) grafik dan multimedia.

DESKRIPSI TUGAS 

a) Membantu kerja-kerja promosi dan publisiti Jabatan;
b) Menyediakan penerbitan digital Jabatan meliputi e-Banner, poster, dan video bagi tujuan promosi dan publisiti di laman web dan media sosial.
c) Membantu urusan penerbitan buku dan majalah untuk tujuan promosi dan keperluan semasa Jabatan; 
d) Menjalankan urusan rekaan grafik dan multimedia; 
e) Menerbitkan video berita perpaduan untuk melaporkan aktiviti perpaduan secara lebih meluas; 
f) Lain-lain diarahkan oleh pihak pengurusan Jabatan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON


1. Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan): 

a) Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan 
b) Salinan sijil SPM serta sijil lain yang berkaitan.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke unit_UPO@perpaduan.gov.my dengan catatan Permohonan Personel MySTEP – Jawatan Pembantu Tadbir.
 
Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan: 17 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong