Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JHEAINS ― Tarikh Tutup 16 September 2021

Jawatan kosong terkini di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebagai :

1. GURU TAKMIR NEGERI SEMBILAN

Tarikh tutup permohonan 16 September 2021
Lokasi penempatan : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JHEAINS ― Tarikh Tutup 16 September 2021

1. Pemohonan baru dan permohonan semula adalah dipelawa kepada guru-guru berpendidikan Agama Islam yang berkelayakan dan berwibawa.

2. Pemohon mestilah mahir mengajar Agama Islam. Walaubagaimanapun keutamaan diberikan kepada pemohon dalam bidang Ilmu Tauhid dan Tasawuf.

3. Pemohon hendaklah memiliki tauliah/kebenaran mengajar Agama Islam daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan dalam tempoh sah laku.

4. Had umur pemohon hendaklah tidak kurang dari umur 21 tahun dan tidak lebih dari umur 70 tahun.

5. Pemohon yang berjaya dilantik adalah tertakluk kepada arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6. Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Permohonan seperti di LAMPIRAN. (Sila ke pautan yang diberikan di bawah)

7. Semua permohonan hendaklah disokong oleh Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) dan dikemukakan melalui Penyelaras Masjid Daerah (PPMD).

8. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses untuk urusan penilaian dan permohonan adalah terbatal sekiranya maklumat yang dikemukan didapati palsu.

9. Permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan ke Bahagian Pengurusan Masjid Surau (BPMS) JHEAINS sebelum atau pada 16 September 2021 (Isnin) dan per mohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Unit Takmir
Bahagian Pengurusan Masjid Surau
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Aras 2, Bangunan MPS Lama
Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban
Negeri Sembilan

IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN DISINI
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong