Ingin dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda? Klik Disini

Jawatan Kosong ASWARA ― Tarikh Tutup 25 Ogos 2021

Jawatan kosong Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). 1. Pegawai Personel MyStep. Tarikh tutup 25 Ogos 2021. Muat turun borang disini.
Jawatan kosong terkini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Ogos 2021. ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA. Warganegara Malaysia yang mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. PEGAWAI PERSONEL MySTEP
(BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Tarikh tutup permohonan 25 Ogos 2021
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong ASWARA Ogos 2021

JAWATAN : PEGAWAI PERSONEL MySTEP
Penempatan : BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kadar Upah : RM2,000.00
Taraf Jawatan : Kontrak
KEMUDAHAN : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO.

DESKRIPSI TUGAS :

a) Membantu penganalisis dan pembangunan sistem dalam menghasilkan rekabentuk sistem;

b) Melaksanakan penyediaan rumusan tentang spesifikasi dan keperluan asas dalam pembangunan sistem;

c) Mengubah spesifikasi dan rekabentuk perisian kepada aturcara kefungsian yang berkualiti dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian;

d) Melaksanakan integrasi antara sistem yang berlainan bagi pengwujudan pangkalan data berpusat;

e) Membuat ujian terhadap aturcara secara berkala bagi memastikan sistem berjalan lancar dan melakukan debugging jika perlu;

f) Melakukan operasi naik taraf kepada versi terkini bagi memastikan perisian dan sistem lebih efisien dan terjamin keselamatannya; dan

g) Menghasilkan dokumen bagi tujuan manual pengguna dan manual teknikal untuk rujukan pentadbir sistem.

SYARAT-SYARAT :

KRITERIA LANTIKAN

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM;

d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;

e) Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN

f) Mempunyai asas sebagai pengaturcara sistem dan berkemahiran di dalam bahasa pengaturcaraan PHP atau ASP, MySQL dan SQL.

g) Mempunyai kebolehan komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik; DAN

h) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris dengan baik;

i) Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Microsoft Word dan Excel.

CATATAN AM

• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

• Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

• Kadar Upah (mengikut output tugas). Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang tercapai oleh Personel MySTEP berpandukan kompleksiti tugas tahap kelayakan akademik dan kadar upah mengikut tempoh perkhidmatan sebulan termasuk caruman KWSP dan PERKESO.

• Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di pautan yang diberikan di bawah.

b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijilsijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 25 Ogos 2021.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2778 5999 / 2001 / 5940 / 5938


Muat turun borang permohonan jawatan disini
Info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong