Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong ANGKASA ― Tarikh Tutup 4 September 2021

Jawatan kosong terkini di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) September 2021. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia. ANGKASA melaksanakan program transformasi koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA terus menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PENGURUS BESAR
2. PEGAWAI, SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN
3. PEGAWAI, BAHAGIAN HAL EHWAL ANTARABANGSA
4. PEGAWAI KERJA
5. PEREKA GRAFIK
6. PENOLONG PEGAWAI
7. KERANI

Tarikh tutup permohonan pada 04 September 2021
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) September 2021

1. PENGURUS BESAR, BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO, TADBIR URUS & INTEGRITI (KONTRAK) – Ibu Pejabat

Kelayakan / Pengalaman
  • Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengalaman selama 7 tahun di peringkat pengurusan.
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan risiko, tadbir urus & integriti organisasi adalah satu kelebihan.
Bidang Tugas
  • Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti iaitu mengurus, merancang, menyelia dan mentadbir Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti.
  • Sentiasa memastikan perjalanan dan fungsi-fungsi unit-unit di bawah Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti iaitu Unit Pengurusan Risiko, Unit Kawalan Dalaman & Pematuhan ISO, Unit Integriti, Unit Peyakin Keselamatan, Unit Khidmat Senggara dan Unit Pemulihan mencapai kehendak objektif dan dasar serta peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa yang berkenaan.
  • Bertanggungjawab sebagai pihak rujukan dalam perbincangan dengan pihak luar (SPRM, Integriti, LHDN, JSM dsb)
2. PEGAWAI, SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN (Kontrak) – Ibu Pejabat

Kelayakan dan Pengalaman
  • Eksekutif berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan / Pengurusan Logistik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun; atau
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang logistik di Sektor Pemborongan & Peruncitan.
  • Berpengalaman dalam membangunkan perniagaan.
Bidang Tugas
  • Menguruskan dan memastikan pesanan-pesanan belian outlet BA100 yang telah diterima melalui jimathub dihantar kepada outlet BA100 mengikut kuantiti yang betul dan pada waktu yang ditetapkan.
  • Bersama Unit Pemasaran BA100 untuk Merangka Promosi dan Pemasaran Produk BA100 / Perancangan Jualan setiap negeri dan menyelaras Program BA100 Negeri kepada Pegawai Jualan Negeri.
3. PEGAWAI, BAHAGIAN HAL EHWAL ANTARABANGSA (Kontrak) – Ibu Pejabat

Kelayakan dan Pengalaman
  • Eksekutif berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa / Pengurusan Perniagaan / Ekonomi / Sains Sosial (Hubungan Antarabangsa) / Bahasa Inggeris atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu projek / aktiviti di peringkat antarabangsa adalah satu kelebihan.
  • Fasih berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah diutamakan.
Bidang Tugas
  • Membantu Pengurus dalam membina perhubungan dengan rakan perniagaan didalam dan diluar negeri dan mengenalpasti peluang-peluang perniagaan di luar negeri.
  • Membantu menjalin kerjasama dengan pihak ICA GLOBAL, ICA-Asia Pacific, MBO dan ACO bagi mencari peluang-peluang perniagaan dan mewujudkan rakan strategik dalam perniagaan antarabangsa.
  • Membantu Pengurus membuat rancangan bahagian / unit.
  • Berkebolehan membina rangkaian dengan pemegang taruh / pemegang amanah.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan daripada masa ke semasa.
4. PEGAWAI KERJA, SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN (Kontrak) – Ibu Pejabat

Kelayakan dan Pengalaman
  • Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma Perakaunan / Kewangan / Pengurusan Kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam menyelia akaun, inbois jualan, resit jualan barangan dan lain-lain yang berkaitan
Bidang Tugas
  • Melatih dan memberi pendidikan kepada Pengurus Kedai mengenai perkara-perkara yang melibatkan Program BA100 seperti perkara-perkara berkaitan pendaftaran, tempahan, promosi dan pembayaran di dalam www.jimatbiz.com, www.jimatshop.com.
  • Membantu Penolong Pengurus dalam kes-kes semasa.
  • Bersedia melakukan tugasan di luar kawasan termasuk pada hujung minggu.

5. PEREKA GRAFIK, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (Kontrak) – Ibu Pejabat

Kelayakan dan Pengalaman
  • Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma / Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni Lukis, seni reka atau komunikasi massa yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai pereka grafik.
Bidang Tugas
  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja rekaan grafik untuk Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA seperti rekaan infografik, brochure, leaflet, backdrop, bunting, poster, buku, risalah dan pelbagai jenis grafik yang diperlukan dari semasa ke semasa.
  • Bersedia melakukan tugasan di luar kawasan termasuk pada hujung minggu.
6. PENOLONG PEGAWAI (Kontrak) – Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka

Kelayakan dan Pengalaman
  • Berkelulusan STPM dengan Sijil Kemahiran Komputer atau SPM / SPMV dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun.
Bidang Tugas
  • Membantu Pengurus ANGKASA Negeri (PAN) dalam kempen keahlian ANGKASA dan memastikan pencapaian sasaran keahlian baru.
  • Bersedia melakukan tugasan di luar kawasan termasuk pada hujung minggu
7. KERANI (Kontrak) – Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka

Kelayakan dan Pengalaman
  • Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM / SPMV; atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mahir menggunakan komputer.
Bidang Tugas
  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti penyediaan dan pemfailan surat, penyediaan invois dan borang bayaran dan sebagainya.
  • Mengemaskini penyimpanan fail dan rekod yang berkaitan.
  • Menjalankan tugas-tugas umum pentadbiran.
Cara Memohon

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan dan menyatakan jawatan yang dipohon berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
(U/P : Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

ATAU

Melalui e-mel : recruitmenthr.angkasa@gmail.com

Selewat-lewatnya pada 04 September 2021

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong