1. KETUA JABATAN KEJURUTERAAN DAN FASILITI
Tarikh tutup permohonan pada 23 Ogos 2021
Lokasi penempatan : Melaka
Sektor : Swasta/ Berkanun
1. Membangunkan polisi dan dasar dalam melaksanakan strategi jangka panjang serta sederhana dalam pengurusan aset air SAMB secara sistematik dan berkesan.
2. Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada SAMB dalam perancangan, rekabentuk dan pembangunan projek-projek baru dan sediada untuk mengekalkan prestasi optimum semua instalasi dalam proses pengeluaran dan agihan air terawat seluruh negeri Melaka.
3. Menguruskan dan memastikan perancangan kewangan dan perolehan dalam pembangunan, pengurusan projek dan penyelenggaraan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan instrumentasi yang mematuhi amalan kejuruteraan yang baik.
4. Menguruskan kertas cadangan, dokumen kejuruteraan, penilaian risiko, prosedur kerja selamat, prosedur operasi standard serta kerja penyelengaraan untuk semua kerja melibatkan kejuruteraan dan fasiliti.
5. Menyediakan analisa dan pelaporan permasalahan operasi teknikal bagi tindakan penambahbaikan berterusan serta melakukan tindakan penyelesaian.
6. Mengurus dan memastikan semua aset air dan fasiliti di SAMB seperti mesin, peralatan, jentera mematuhi semua peraturan dan peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.
7. Menguruskan dan menyediakan sistem pengurusan penyelenggaraan (preventine maintenance & corrective maintenance) dan pelan tindakan bagi kerja-kerja kecemasan bagi semua aset air sentiasa dalam keadaan siap siaga.
8. Menyediakan perancangan serta tindakan proaktif dalam pengurusan kelengkapan kejuruteraan bagi memastikan pengurusan kos elektrik yang cekap.
9. Menetapkan dan memastikan sasaran KPI Jabatan tercapai berdasarkan persetujuan pengurusan.
10. Membangunkan pasukan kerja Jabatan dalam memastikan pasukan yang kompeten serta menyediakan perkhidmatan yang cekap.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia di alamat https://www.jobstreet.com.my secara 'Online' atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini