Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Ogos 2021. Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan dan hal ehwal pembekalan air di Negeri Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, dinamik, mempunyai ciri-ciri korporat dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PENGURUS BESAR SUMBER MANUSIA

Jawatan Kosong Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Ogos 2021

Syarat Kelayakan Minimum :
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia / Pentadbiran Awam / bidang berkaitan dari Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf;
  • Calon memiliki minimum 10 tahun pengalaman profesional dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pentadbiran syarikat;
  • Memiliki sifat-sifat kepimpinan yang cemerlang, komited dan berwawasan serta mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi;
  • Berpengalaman merancang pengurusan sumber manusia, hal ehwal perhubungan industri, pengurusan prestasi serta mempunyai kemahiran berkenaan Akta Kerja 1955 dan lain-lain peraturan berkaitan sumber manusia; dan
  • Berumur tidak lebih dari 50 tahun pada tarikh tutup iklan.
Permohonan termasuk resume lengkap (termasuk nombor telefon dan gambar passport) hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum / pada 6 Ogos 2021:

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran
Pengurusan Air Pahang Berhad
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur


PERHATIAN
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong