Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong (MDL) 2021

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Lenggong (MDL) Julai 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan kosong Kontrak/ Tetap di Majlis Daerah Lenggong dan keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul RIdzuan, sebagai :

1. Pembantu Awam H11
2. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan pada 02 Ogos 2021
Lokasi penempatan : Perak
Sektor perkhidmatan : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong (MDL) 2021

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my mulai 19 Julai 2021 (Isnin) atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong