Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KOPERKASA ― Tarikh Tutup 20 Ogos 2021

Jawatan kosong di Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) Ogos 2021. Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada 6 September, 1949. Selaras dengan perkembangan Koperasi ini, kami mempelawa calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan seperti berikut:

1. JAWATAN – PENOLONG PEGAWAI TADBIR (KEWANGAN)

Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat Kuching
Gred & Jadual Gaji : B2 (RM1,480.00 - RM6,707.00)

2. JAWATAN - KERANI

Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Dua (2)
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat Kuching
Gred & Jadual Gaji : C2 (RM1,200.00 - RM3,826.00)

Jawatan Kosong KOPERKASA ― Tarikh Tutup 20 Ogos 2021

3. SYARAT – SYARAT AM LANTIKAN:

(i) Warganegara Malaysia, bermastautin di Sarawak;

(ii) Umur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(iii) Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;

(iv) Mahir menggunakan applikasi Microsoft Office;

(v) Mempunyai personaliti yang baik, bermotivasi diri, berintegriti, bertanggungjawab, berwawasan dan seorang yang komited.

4. KELAYAKAN AKADEMIK:

(i) JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (KEWANGAN)

• Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Perakaunan dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ; dan

• Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang perakaunan.

(ii) JAWATAN KERANI

Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris.

5. CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja serta menyertakan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil (sijil akademik, sijil kelahiran & sijil sokongan). Pemohon juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan), dalam sampul surat bertanda « JAWATAN KOSONG » di sebelah kiri di atas kepada :

SETIAUSAHA
KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
16-20, WISMA KOPERKASA,
JALAN SIMPANG TIGA,
93300 KUCHING, SARAWAK

(Tarikh tutup adalah pada 20 Ogos 2021)

Calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk hadir temuduga
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong