Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini PTPTN November 2020

Jawatan kosong/ kerja kosong terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini PTPTN bertaraf tetap/ kontrak sepertimana berikut :

1. Pegawai Tadbir N41 (Kontrak)
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 (Tetap)

Tarikh tutup permohonan pada 27 November 2020
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Terkini PTPTN November 2020

CARA MEMOHON

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara atas talian (online) sebelum atau pada 27 November2020 (Jumaat), sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

MAKLUMAT KHUSUS KEPADA CALON

(a) MAKLUMAN KEPADA CALON YANG DISENARAIKAN BAGI SESI TEMU DUGA

Calon yang berjaya dalam saringan/pemilihan temu duga akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan sesi temu duga. Temu duga boleh dilakukan secara atas talian (online) menggunakan kaedah video interview melalui aplikasi Microsoft Teams atau kaedah lain yang akan dimaklumkan. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon adalah aktif dan boleh digunakan.

(b) MAKLUMAN MELALUI TELEFON KEPADA CALON YANG BERJAYA DALAM SESI TEMU DUGA

Calon yang berjaya dalam sesi temu duga akan dihubungi melalui telefon bagi makluman tarikh lapor diri. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon adalah aktif dan boleh digunakan.

(c) IMBUHAN / ELAUN

Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup akan dibayar kepada calon yang ditawarkan jawatan yang dipohon.

(d) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(e) PENEMPATAN DI PEJABAT NEGERI PTPTN (PPN) SELURUH NEGARA

Calon berjaya dan sedang berkhidmat di PTPTN boleh diarah bertugas di Pejabat PTPTN Negeri (PPN) seluruh negara.

(f) CATATAN AM

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong