Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUHAKAM November 2020

Jawatan kosong SUHAKAM ambilan terkini November 2020 | Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah Institusi Kebangsaan Hak Asasi Manusia Nasional yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

Jawatan : TIMBALAN SETIAUSAHA GRED 52 (DASAR DAN PERUNDANGAN)

Gaji : RM5,847.00 dan elaun bulanan RM1,600.00
Taraf Jawatan : Tetap
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Jawatan Kosong SUHAKAM November 2020

Syarat Kelayakan : 

i) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana, sebolehnya dalam bidang Undang-undang atau bidang lain dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii) Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii) Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dan mempunyai pengetahuan serta kefahaman mengenai hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa dan keadilan sosial;

iv) Berupaya menjalankan penyelidikan, menghasilkan analisis berkualiti tinggi dan membuat pengesyoran berdasarkan penemuan penyelidikan tersebut;

v) Kemahiran komunikasi dan penulisan laporan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik;

vi) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan mampu bekerja secara berpasukan di bawah penyeliaan yang minimal

Kekosongan : 1 kekosongan

Tanggungjawab : 

• Timbalan Setiausaha adalah antara lain, bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan mengawalselia dua (2) bahagian di bawah Kumpulan Kerja Dasar dan Perundangan iaitu Bahagian Perundangan & Triti Antarabangsa dan Bahagian Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan bagi melaksanakan mandat Suruhanjaya untuk:

i) menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang sesuai bagi memastikan ianya adalah selari dengan piawaian antarabangsa hak asasi manusia.

ii) mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.

• Menerajui dalam merancang berkaitan hala tuju strategik Suruhanjaya berhubung Dasar dan Undang-Undang;

• Mengawalselia dan memandu pelaksanaan Pelan Strategik dan Pelan Tahunan berkaitan Kumpulan Kerja Dasar dan Perundangan berdasarkan objektif dan garis masa yang telah ditetapkan;

• Melaporkan dan menasihati, Kumpulan Kerja secara khusus dan Suruhanjaya secara keseluruhan mengenai kemajuan, keberhasilan, cabaran yang dihadapi berkenaan aktiviti yang dijalankan.

• Mewakili Suruhanjaya dalam mesyuarat/bengkel/seminar bersama pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) bagi membincangkan isu-isu hak asasi manusia berkaitan Kumpulan Kerja Dasar dan Perundangan sama ada di peringkat domestik atau luar negara;

• Berperanan sebagai pegawai penghubung untuk menjalin kerjasama/perkongsian antara Suruhanjaya dan pihak berkepentingan (stakeholders);

• Memantau dan menasihati berkenaan perbelanjaan tahunan yang diperuntukkan kepada Kumpulan Kerja Dasar dan Perundangan adalah mengikut pelan tahunan yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan-peraturan berkaitan pengurusan kewangan;

• Memastikan semua pegawai dan kakitangan bahagian yang berada di bawah pengawasan patuh terhadap polisi dan prosedur Suruhanjaya;

• Membantu Setiausaha, serta berperanan sebagai ahli badan pengurusan atasan dalam perancangan dan pengurusan strategik organisasi, serta hal-hal pentadbiran.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dijemput untuk mengemukakan surat permohonan termasuk maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 18 November 2020 kepada:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.


Laman Web: www.suhakam.org.my

i) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat.

ii) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong