Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong ASWARA November 2020

Jawatan kosong terkini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) seperti berikut:

1. Pensyarah, Pegawai Kebudayaan Fakulti Teater B43

Tarikh tutup permohonan pada 09 November 2020
Lokasi penempatan : ASWARA Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong ASWARA November 2020

JAWATAN : Pensyarah, Pegawai Kebudayaan Fakulti Teater
Gred : B43
Keperluan Bidang : Teater Kanak-Kanak, Pengurusan Teater, Teater Muzikal, Lakonan dan Pengajian Teater
Taraf Jawatan : Kontrak(Contract For Service)

SYARAT-SYARAT :

1. KRITERIA LANTIKAN
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki pengetahuan yang mendalam dan pengalaman dalam bidang yang diperlukan mengikut jawatan yang dimohon;
  • Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkenaan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman mengajar untuk tempoh tidak kurang dari 5 tahun;dan
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
2. TANGGUNGJAWAB/ TUGAS
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugasan pensyarah bagi program pengajian yang ditawarkan di ASWARA merangkumi pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan tesis, projek dan latihan praktik pelajar atau perkara-perkara yang berkaitan;
  • Melaksanakan projek penyelidikan dalam bidang ilmu atau kepakaran masing-masing;
  • Membuat penilaian keberkesanan pengajaran dan menyediakan alat bantu kuliah mengajar;
  • Menjalankan kerja-kerja perundingan dan perkhidmatan masyarakat di luar atau dalam ASWARA mengikut peringkat-peringkat dalam bidang kepakaran.
NOTA

i) Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temu duga dan sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini, sila ambil maklum bahawa permohonan anda adalah tidak berjaya dan kekosongan tersebut telah diisi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

9 NOVEMBER 2020 (ISNIN)

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

c) Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan perlu disahkan.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dipohon dan dihantar ke alamat seperti berikut:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 03-2778 5939/5940/5936

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong