Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan N11 Oktober 2020

Jawatan kosong sektor awam terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional (JPNIN) ambilan oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkalayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan ntergrasi Nasional (JPNIN) sebagai :

1. Penolong Guru Tabika Perpaduan N11

Tarikh tutup permohonan 23 Oktober 2020
Lokasi penempatan : JPNIN Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan N11 Oktober 2020

1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Jawatan : Penolong Guru Tabika Perpaduan (Kontrak)

1.2 Gred Jawatan : N 11

1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan II

1.4 Taraf Jawatan : Kontrak

1.5 Agensi : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Sembilan Darul Khusus

1.6 Bilangan Kekosongan : Empat (4)

1.7 Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Sembilan Darul Khusus

2. JADUAL GAJI GRED N11 : RM 1,216.00 - RM 2,983.00 (Min – Max)

3. ELAUN : 
: Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 95.00

: Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM 300.00

: Bantuan Sara Hidup (COLA) - RM 300.00 / RM 250.00/ RM 200.00

4. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

4.1 terdiri daripada Warganegara Malaysia;

4.2 berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan

4.3 lulus peperiksaan PMR dengan kelulusan yang setaraf, sekurang-kurangnya tiga kepujian subjek utama, mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris serta Matematik.

5. GANJARAN

(17 ½ % - 13 %) x (gaji akhir (gaji pokok) x jumlah bulan perkhidmatan) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan didalam KWSP) bagi tempoh bulan perkhidmatan dengan syarat pegawai menyempurnakan perkhidmatan ini dengan memuaskan.

6. CARA MEMOHON :

6.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Sembilan atau sila klik pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

6.2 Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Peperiksaan PMR, Sijil Berhenti Sekolah, salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan. Dokumen tersebut hendaklah disahkan dan dihantar ke alamat seperti berikut :-

Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Tingkat 12, Wisma Persekutuan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban


6.2.1 Pengesahan dokumen perlu dilaksanakan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, ADUN, Imam, Mahkamah Seksyen/Pesuruh Jaya Sumpah, Penghulu atau Pengerusi Rukun Tetangga dan Pemimpin Masyarakat yang diiktirafkan.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 Oktober 2020 (4.30 petang)

8. PANGGILAN TEMUDUGA

8.1 Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK

a) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan

b) tidak lengkap atau tidak terang

c) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan

d) tidak menandatangani borang permohonan

e) tidak mengesahkan salinan dokumen yang disertakan

8.2 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

8.3 Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Muat turun borang permohonan jawatan dan perakuan lantikan disini

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong