Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan di KWSP Oktober 2020

Jawatan kosong terkini di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di KWSP sebagai :

1. PENGAWAL KESELAMATAN

Tarikh tutup permohonan pada 21 Oktober 2020
Lokasi penempatan : KWSP Kuala Lumpur
Sektor : Swasta/ Berkanun

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan di KWSP Oktober 2020

DESKRIPSI TUGAS
  • Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP yang mengunjungi bangunan/ pejabat KWSP
  • Melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan KWSP mengikut saluran tertentu dan menjalankan penyiasatan sewajarnya
  • Menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati tetapi hendaklah bertindak cepat dan cergas apabila berlaku kejadian yang melanggar Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP
  • Memantau sistem Kad Akses selepas waktu pejabat
  • Bersedia melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa kesemasa mengikut keperluan
  • Bertugas di penempatan yang ditetapkan oleh Penyelia Keselamatan
  • Bersedia untuk bertugas lebih masa apabila diarahkan oleh Penyelia Keselamatan
  • Bersedia untuk bertugas di mana-mana bangunan KWSP atau mana-mana tempat yang diarahkan oleh pihak pengurusan
SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 19 tahun hingga 30 tahun
  • Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan subjek Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Bagi bekas anggota Polis Diraja Malaysia/ Angkatan Tentera Malaysia, hendaklah yang telah disahkan dalam jawatan serta sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama sepuluh (10) tahun dengan rekod perkhidmatan yang baik dan tidak berumur melebihi 45 tahun
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah atau dadah
  • Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti berikut:
Lelaki
  • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 165 cm
  • Berat badan minimum: 50 kg
  • Ukuran dada: Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
  • Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.
Wanita
  • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 163 cm
  • Berat badan minimum: 48 kg
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
  • Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.
Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ke sesi temu duga. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas daripada pihak KWSP selama 3 BULAN selepas tarikh tutup iklan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman sesawang indeedjobs secara online (sila ke pautan yang diberikan di bawah).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong