Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Oktober 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai :

1. PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP41

Tarikh tutup permohonan pada 18 Oktober 2020
Lokasi penempatan : JPN Seluruh Negara
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Oktober 2020

PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP41

i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau

ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di www.spa.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan dibawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 18 Oktober 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.

Iklan jawatan disini

Permohonan jawatan dan semakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong