Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MUIP Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) 2020. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ketika ini bertanggungjawab menguruskan pengagihan zakat, pengurusan dana wakaf, ekonomi dan kompleks asnaf untuk umat Islam di negeri Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, dinamik, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. SETIAUSAHA

Tarikh tutup permohonan pada 12 Februari 2020
Lokasi penempatan : MUIP Pahang
Sektor : Kerajaan
Jawatan Kosong MUIP Februari 2020


Syarat Kelayakan Minimum :
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemegang Ijazah dari Institut pengajian tinggi yang diiktiraf dan calon yang memiliki latar belakang dalam perniagaan, pemasaran, kewangan, perakaunan serta pentadbiran.
  • Calon yang memiliki minimum 10 tahun pengalaman profesional dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat.
  • Memiliki sifat-sifat kepimpinan yang cemerlang, komited dan berwawasan untuk menggerak dan membangunkan MUIP serta mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.
  • Berpengalaman merancang kewangan, promosi, strategi pemasaran dan mencapai matlamat MUIP menerusi visi dan misi yang ditetapkan,
  • Berumur tidak lebih dari 50 tahun pada tarikh tutup iklan
Hantarkan Resume lengkap (termasuk nombor telefon, gambar passport dan gaji dipohon hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum / pada 12 Februari 2020.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Blok B
Wisma Sri Pahang
25503 Kuantan
Pahang Darul Makmur

PERHATIAN :
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong