Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKulai Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kulai (MPKulai) februari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak negeri Johor Darul Takzim) yang beykelayan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di MPKulai sebagai :

1. JURUTERA J41
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh tutup permohonan pada 20 Februari 2020
Lokasi penempatan : MPKulai Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKulai Februari 2020

CARA-CARA MEMOHON

a) Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun dari Laman Web rasmi www.mpkulai.gov.my atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.

b) Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.

c) Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).

d) Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.

e) Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen-dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.

f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab 'A' Bil. 17 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2015 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

g) Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULAI,
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
81000 KULAI, JOHOR.
U.P. : UNIT SUMBER MANUSIA

Pada atau sebelum jam 3:30 petang pada 20 Februari 2020 dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.

Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong