Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2020. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dalam iklan seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
2. PENOLONG JURU UKUR BAHAN JA29
3. PEMBANTU OPERASI N11
4. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 21 Februari 2020
Lokasi penempatan : LUAS, Selangor
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Februari 2020

PERINGATAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(2) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang ditawarkan Lembaga perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:

(a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

(b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

(c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjeksubjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Nota : Pengecualian bagi permohonan jawatan Pembantu Operasi Gred N11 dan jawatan Pembantu Awam Gred H11.

SYARAT PERMOHONAN

(1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sahaja.

(2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;

(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,

(b) ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,

(c) pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.

Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(3) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan Kad Pengenalan.

(b) Salinan Surat Beranak.

(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM

*mana-mana yang berkaitan

(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir

(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.

(g) Gambar berukuran pasport.

(4) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

(5) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

(6) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

(7) Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

(8) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)


Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 21 Februari 2020 (Jumaat)

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong