Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JAIS Februari 2020

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) februari 2020. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak seperti berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29
2. PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH (PPMD) S29
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
5. PEMBANTU MAKMAL C19
6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
7. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh tutup permohonan pada 25 Februari 2020
Lokasi penempatan : JAIS, Shah Alam, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2020

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM

@ www.jais.gov.my @ www.selangor.gov.my

Atau 

Sila muat turun pada pautan link yan diberikan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai PENGURUSAN DAN PROFESIONAL.

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika : 
  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar dan
  • tidak ditandatangani.
f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


Sebelum atau pada 25 Februari 2020 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut: selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-5514 3475 /3405/3536/ 3550

MUAT TURUN LINK DI BAWAH

Iklan Dan Cara Memohon
Borang Permohonan Jawatan
Borang Pengesahan Pemastautin
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong