Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Hospital Shah Alam 2020

Jawatan kosong kerajaan / Hospital Jobs terkini di Hospital Shah Alam dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2020. Hospital Shah Alam mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan kosong terkini sebagai:

1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
2. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Tarikh tutup permohonan 28 Februari dan 02 April 2020
Lokasi penempatan : Hospital Shah Alam
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Hospital Shah Alam 2020

JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19

Industri

Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial

Deskripsi Jawatan

Kerani Pertanyaan melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.

Tanggungjawab
  • Menyampaikan perkhidmatan yang responsif dan mesra kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan perkembangan sehingga urusan selesai.
  • Membantu mengendalikan dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan, seterusnya mengambil tindakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan yang dapat membantu pelanggan berurusan.
  • Melayani pelanggan yang berurusan meliputi pertanyaan, aduan, khidmat nasihat dan maklum balas pelanggan.
  • Menghebahkan penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
  • Membantu menguruskan aduan pelanggan yang datang secara bersemuka atau melalui telefon.
  • Bertanggungjawab mengendalikan panggilan telefon daripada luar dan dalam yang berurusan dengan kaunter informasi.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Unit dari masa ke semasa
Kelayakan Akademik

- STPM/STAM/HSC/A-LEVEL

- SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

Kemahiran

Information Services

Tarikh tutup permohonan pada 02 April 2020

JAWATAN : PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Industri

Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial

Deskripsi Jawatan

Pembantu Penjagaan Kesihatan menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.

Tanggungjawab

Fungsi utama Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Sambilan adalah untuk membantu tugas-tugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pengimejan dan Diagnostik, Unit Rawatan Rapi, Unit Pembedahan Am, Jabatan Perubatan Am, Oftamologi dan Wad Obstetrik dan Ginekologi.

Kelayakan Akademik

- STPM/STAM/HSC/A-LEVEL

- SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

Kemahiran

Medical Practice

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2020

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Industri

Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial

Deskripsi Jawatan

Bertanggujawab dalam Bidang Teknologi Maklumat

Kelayakan Akademik

- DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN INFORMATION TECHONOLOGY & COMMUNICATION

Kemahiran

Healthcare Information Technology

Tarikh tutup permohonan 28 Februari 2020

CARA MEMOHON

Individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang di iklankan diatas, hendaklah membuat permohonan pada Laman Portal Kerjaya JobsMalaysia di alamat www.jobsmalaysia.gov.my. atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah. Bagi individu yang belum mendaftar di laman Portal JobsMalaysia hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong