Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Guru Sambilan DG41 MRSM 2020

Jawatan kosong terkini di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan februari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Baling Kedah Darul Aman sebagai :

1. GURU SAMBILAN DG41

Tarikh tutup permohonan pada 19 Februari 2020
Lokasi penempatan : MRSM Baling Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Guru Sambilan DG41 MRSM 2020

JAWATAN : GURU PENDIDIKAN ISLAM - GRED DG41
KEKOSONGAN : 1
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TEMPAT BERTUGAS : MRSM BALING KEDAH
KADAR UPAH : RM 100 SEHARI

SYARAT LANTIKAN :

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan jawatan dipohon dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya onleh kerajaan.

4. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) serta Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. Calon-calon yang mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah akan diberi keutamaan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dilakukan secara bertulis (resume). Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN seperti berikut :

i. Sekeping gambar terbaru berukuran passport.
ii. Salinan sijil kelahiran
iii. Kad Pengenalan dan
iv. Sijil-sijil Akademik dan Dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang telah DISAHKAN hendaklah dihantarkan ke alamat berikut :

Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Baling,
Kg Sera, Mukim Pulai,
09100 Baling, Kedah Darul Aman.

No. Telefon : 04-4702882/4702884

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Februari 2020 (Rabu)

PERHATIAN :

  • Permohonan calon-calon yang tidak memenuhi syarat dan kreteria yang ditetapkan seperti diatas tidak akan diproses dan dipertimbangkan.
  • Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kreteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh (1) bulan daripada tarikh tutup iklan, calon berkenaan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong