Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan (Sepenuh Masa) UiTM Januari 2020

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Sambilan (Sepenuh Masa) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.

1) PENSYARAH SAMBILAN (SEPENUH MASA)

Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2020
Lokasi : UiTM Machang, Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terknin di UiTM Januari 2020

Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan (Sepenuh Masa) UiTM Januari 2020

SYARAT DAN KRITERIA PEMILIHAN

a. Mempunyai syarat asas pelantikan Gred 41 untuk pengajaran peringkat Diploma dan Gred 45 untuk pengajaran peringkat ijazah seperti berikut :

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti dan;

ii. Memiliki PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Kedua Tinggi bagi tahap kelayakan (Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana) yang diperlukan untuk peringkat pengajaran (Diploma / Ijazah Sarjana Muda) dan;

iii. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dan;

iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.

b. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan telah selesai menghadiri konvokesyen

c. Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran merupakan satu kelebihan

d. Mempunyai rekod peribadi yang baik (Contoh : Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan http://www.kelantan.uitm.edu.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

● Kad Pengenalan

● Sijil SPM / MCE, HSC / STPM atau setaraf

● Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)

c. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan

d. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Januari 2020 (Khamis).

Sila kemukakan permohonan kepada :

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Kelantan
Bukit Ilmu
18500 Machang
KELANTAN DARUL NAIM

No.Tel : 09 - 976 2017 / 2012

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong