Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Temuduga Terbuka Di Pejabat KDYMM Sultan Pahang Februari 2020

Temuduga terbuka/ Walk-in Interview terkini di Pejabat KDYMM Sultan Pahang bulan februari 2020. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pembantu Operasi ( Bentara ) Gred N 11 - Kontrak

Jabatan : Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM 1,216.00 - RM 2,983.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM 80.00

Temuduga Terbuka Di Pejabat KDYMM Sultan Pahang Februari 2020


1. Berikut adalah butiran temuduga di Pejabat KDYMM Sultan Pahang

Tarikh Temuduga : 25 Februari 2020 (Selasa) hingga 27 Februari 2020 (Khamis)

Masa pendaftaran : 8.00 pagi

Tempat Temuduga :

Bilik Serbaguna
Pejabat KDYMM Sultan Pahang,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.


2. Tuan / puan dikehendaki membawa bersama semasa temuduga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut;

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran

b. Sijil Kelulusan Persekolahan : SRP/PMR/PT3/SPM/MCE/SPVM kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

c. Sijil tamat sekolah

d. Sijil Kegiatan Luar dan sijil – sijil yang berkaitan

3. Cara permohonan :

a. Borang permohonan boleh diambil di Pejabat KDYMM Sultan Pahang atau boleh di muat turun melalui Portal Rasmi SPA. PHG. 2 ( SPANP - borang maklumat tambahan ) – yang perlu dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa temuduga atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah ;

b. Tiap – tiap permohonan hendaklah dilekatkan dengan gambar sendiri berukuran pasport di ruangan yang disediakan.

4. Pemakaian songkok bagi calon lelaki adalah diwajibkan dan calon perlu berpakaian sopan pada hari temuduga. Sila rujuk Portal Rasmi SPA Pahang untuk Etika Pakaian menghadiri temu duga.

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU OPERASI

Jawatan : Pembantu Operasi ( Bentara ) Gred N 11
Jabatan : Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM 1,216.00 - RM 2,983.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM 80.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf Setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N 11; RM 1,216.00); atau

(d) ii) PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(e) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ( sekurang – kurangnya Gred C )

(f) Mendapat sekurang – kurangnya peringkat “D” dalam 5 subjek Termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

Taraf Jawatan : Kontrak

Fungi Bidang Tugas

Aspek tugas – tugas Pembantu Operasi ( Bentara );

1. Bertugas di dalam upacara Adat Istiadat dan upacara rasmi di Balairong Seri.

2. Bertugas berdiri memegang pedang kerajaan semasa upacara istiadat di Balairong Seri.

3. Bertugas menunggu keberangkatan keluar dan masuk pintu kenderaan kenaikan KDYMM Sultan Pahang ke Anjung Istana.

4. Bertugas membuka dan menutup pintu kenderaan kenaikan KDYMM Sultan Pahang.

5. Menjalankan kerja – kerja pembersihan di dalam istana.

6. Melaksanakan tugas penyampaian atau kutipan surat / dokumen dengan sempurna, cekap dan berkesan.

7. Membuat salinan pendua penjilidan dokumen.

8. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik.

9. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa.

DAN memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan ( P ) ].

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong