Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UTM Februari 2020

Jawatan kosong Universiti/ University Jobs terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ambilan Februari 2020. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM sepertimana berikut :

1. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
3. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
4. PEMBANTU OPERASI N11
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
6. PEMBANTU PENERBITAN NA19
7. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN SA19

Tarikh tutup permohonan pada 03 Februari 2020
Lokasi penempatan : UTM Johor Bahru
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Februari 2020

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1) Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.

2) Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

3) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5) Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)

6) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada:

Jabatan Pendaftar (Seksyen Perjawatan & Kenaikan Pangkat)
Bahagian Sumber Manusia,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru


SYARAT TAMBAHAN :

1. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

2. Perokok Adalah Sangat Tidak Digalakkan Memohon

3. Calon yang aktif dalam bidang sukan adalah digalakkan untuk memohon.

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini

**Perhatian : Mesej penting daripada admin ejobskini. Sekiranya terdapat popup link unsafe sila teruskan dengan mengklik button Advanced dan klik Proceed to sumbermanusiautm.utm.my (unsafe) untuk meneruskan ke portal tersebut. (paparan itu terjadi kerana laman website UTM tidak mengendalikan laman yang menggunakan https atau https certificated invalid. Harap maklum).
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong