Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Tourism Malaysia ‒ Tarikh Tutup 14 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PENULIS
2. PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PEGAWAI EHWAL EKONOMI

Tarikh tutup permohonan pada 14 Januari 2020
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat Tourism Malaysia, Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Tourism Malaysia ‒ Tarikh Tutup Januari 2020

ARAHAN DAN CARA MEMOHON

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut :

http://www3.tourism.gov.my/corporate/borang.pdf

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Pengurusan)

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar passport tidak dibenarkan.

(d) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan jabatan/agensi Kerajaan perlu menghantar permohonan melalui ketua jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’ iaitu mengemukakan salinan terkini Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun.

(e) Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Januari 2020 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.

CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

(i) Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962
(ii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908
(iii) Puan Nor’azila Roselan - 03-8891 8963

Iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong