Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini MIROS Januari 2020

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Januari 2020. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

1. PEGAWAI KEWANGAN GRED W41

Tarikh tutup permohonan pada 24 Januari 2020
Lokasi penempatan : MIROS Kajang, Selangor
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini MIROS Januari 2020

JAWATAN & GRED : PEGAWAI KEWANGAN GRED W41

TARAF JAWATAN : KONTRAK
BIL. KEKOSONGAN : SATU (1)
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JADUAL GAJI DAN KADAR KENAIKAN TAHUNAN (KGT)

Gaji Minimum : RM2,094.00
Gaji Maksimum : RM9,585.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i. ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM2,094.00 ]; atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM2,300.73 ]; atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM2,819.63 ]; atau

iv. Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM2,819.63 ]; atau

v. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM2,923.41 ]; atau

vi. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
[ Gaji Permulaan: RM3,027.19 ].

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan serta memantau pertanyaan audit dan mengawal aset dan inventori pejabat.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor


5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Januari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong