Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PERKESO – Tarikh Tutup 28 Januari 2020

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan uituk mengisi kekosogan jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai :

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED 25
2. PEGAWAI PERUBATAN GRED 24

Tarikh tutup permohonan pada 28 Januari 2020
Lokasi : Ibu Pejabat Perkeso, Wisma Perkeso, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong PERKESO – Tarikh Tutup 28 Januari  2020

PEGAWAI PERUBATAN GRED 25

i. TARAF JAWATAN : TETAP DAN TIDAK BERPENCEN
ii. KUMPULAN PERKHIDMATAN : EKSEKUTIF
iii. LINGKUNGAN GAJI : MIN.RM8,200.00-MAK.RM19,000.00
iv. KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
v. TEMPAT : IBU PEJABAT PERKESO

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
1. Umur calon mestilah tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

2. Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Calon-calon dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

5. Calon-calon yang dilantik mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang kesihatan awam / kesihatan pekerjaan / perubatan / tuntutan PERKESO; dan

6. Bersedia bertugas di luar stesyen di seluruh Malaysia.

PEGAWAI PERUBATAN GRED 24

i. TARAF JAWATAN : TETAP DAN TIDAK BERPENCEN
ii. KUMPULAN PERKHIDMATAN : EKSEKUTIF
iii. LINGKUNGAN GAJI : MIN.RM5,600.00-MAK.RM15,900.00
iv. KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
v. TEMPAT : IBU PEJABAT PERKESO

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN :

1. Umur calon mestilah tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

2. Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Calon-calon dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang kesihatan awam / kesihatan pekerjaan / perubatan / tuntutan PERKESO; dan

6. Bersedia bertugas di luar stesyen di seluruh Malaysia.

CARA MEMOHON:

i. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui Laman Sesawang http://hr.perkeso.gov.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

ii. Tarikh Iklan : 14 Januari 2020

iii. Tarikh Tutup Iklan: 28 Januari 2020

iv. Calon-calon yang disenarai pendek dan layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk urusan
temuduga.

v. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

MENGENAI PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar dan memastikan caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong