Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPLBP – Tarikh Tutup 29 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman) yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Arkitek J41
2. Jurutera J41
3. Pegawai Teknologi Maklumat F41
4. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Penolong Arkitek Landskap JA29
7. Penolong Juruukur Bahan JA29
8. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
9. Pembantu Penguatkuasa KP19
10. Pembantu Tadbir N19
11. Pelukis Pelan JA19
12. Pembantu Akauntan W19

Tarikh tutup permohonan pada 29 Januari 2020
Lokasi penempatan : MPLBP Langkawi
Sektor : Kerajaan

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman atau dengan memuat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan , kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan kesemuanya hendaklah diakui sah sebagaimana salinan sebenar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas) . Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN.

3. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis akan dipanggil untuk temuduga.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Muat turun iklan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong