Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Anak Negeri Selangor), berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
3. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
5. PEMBANTU OPERASI N11
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2020
Lokasi penempatan : MPKj Kajang, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Januari 2020

CARA-CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

(i) Salinan Kad Pengenalan.

(ii) Sijil Kelahiran.

(iii) Sijil-sijil Persekolahan.

(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport.

(v) Salinan Lesen Memandu (Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 sahaja)

3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

4. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

5. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

6. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

7. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.

8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

9. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)


TARIKH IKLAN : 15 JANUARI 2020 (RABU)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JANUARI 2020 (JUMAAT)


Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong