Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Peguam Negara Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan uituk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Peguam Negara seperti berikut.

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Tarikh tutup permohonan pada 13 Januari 2020 (Isnin)
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara Januari 2020

Jawatan : Pegawai Undang-Undang Gred L41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

JADUAL GAJI
Gaji Minimum : RM2,418
Gaji Maksimum : RM9,607
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)
(Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

CARA MEMOHON

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 13 Januari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong